Siakap Keli
ketinggian pemain jaring terengganu
Gambar: Astro Arena

“Duduk Pun Dah Sama Tinggi, Sekali Bangun..” Ketinggian Pemain Import Bola Jaring Terengganu Ni Buat Netizen “Insecure”

“Duduk Pun Dah Sama Tinggi, Sekali Bangun..” Ketinggian Pemain Import Bola Jaring Terengganu Ni Buat Netizen “Insecure”

Sebut pasal ketinggian, setiap individu mempunyai paras yang berbeza-beza. Ada mempunyai ketinggian rendah bahkan ada yang mempunyai paras melebihi kebanyakan orang.

Lazimnya, orang Asia Tenggara mempunyai ketinggian lebih rendah berbanding orang Eropah. Tidak semua orang dianugerahkan dengan ketinggian yang luar biasa.

Oleh itu, sekiranya terdapat individu yang mempunyai mempunyai ketinggian luar biasa pastinya ia menarik perhatian ramai.

Baru-baru ini tular satu video yang memaparkan seorang wanita berdiri bersebelahan dengan salah seorang pemain bola jaring.

Gambar: Astro Arena

Menariknya, sewaktu wanita itu berdiri bersebelahannya, pemain yang dikenali sebagai Arirak Ampharat tersebut yang hanya duduk di atas kerusi sahaja telah hampir menyamai ketinggiannya.

Bagaimanapun, setelah pemain import Terengganu Marvel itu berdiri membuatkan ramai terkedu.

Macam “Giant”

Mengejutkan, pemain kelahiran Thailand itu mempunyai ketinggian yang sangat luar biasa.

BACA JUGA: Ketahui Jenis Tahap Bacaan IPU & Langkah Penjagaan Kesihatan Ketika Jerebu

Dalam klip berdurasi sembilan saat itu, wanita tersebut tak ubah seperti “ibu dan anak” apabila Arirak memegang tangannya di sebelahnya.

Lebih lucu, dia turut berpusing-pusing seperti menari dengan riak wajah gembira.

Reaksi Netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya terkejut dengan ketinggian yang dimilki oleh pemain tersebut.

Sebahagian mereka melontarkan persoalan ketinggian pemain itu. Bahkan ada juga yang membuat perbandingan dengan pemain bola sepak.

ketinggian pemain jaring terengganu ketinggian pemain jaring terengganu

NSL 2023

Netball Super League (NSL) 2023 merupakan liga bola jaring profesional di Malaysia. Kejohanan ini merupakan acara tahunan dan majlis pelancarannya berlangsung pada Isnin baru-baru ini.

Kejohanan ini bakal diadakan di Stadium Juara Bukit Kiara Kuala Lumpur bermula 13 Oktober hingga 5 November nanti.

BACA JUGA: Netizen ‘Banjir’ Air Mata, Nampak Satu Keluarga Jalan Kaki Hantar Anak Masuk Universiti

Salah salah satu pasukan yang bertanding dalam NSL, Terengganu Marvel turut memperkenalkan dua pemain import dari Thailand bagi memperkuat barisan pemain iaitu, Arirak Ampharat dan Sirima Sannaree.

@astroarena

Try teka tinggi dia berapa? NSL tak lama dah nak start ni..tlg la kosong jadual korang datang ramai2 stadium Juara Bukit Kiara… #NSL2023 #RuleTheCourt #SukanDiTikTok #SportsOnTikTok

♬ original sound – Astro Arena – Astro Arena

Sumber: Astro Arena, Instagram NSL Malaysia

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?

test