BTC Bakal Tembus $100K Semasa Ekonomi Dunia Runtuh! – Robert Kiyosaki

210

“Baca boleh tapi jangan percaya bulat-bulat. Apa pun, risiko tetap kena jaga.”

Semasa temu bual bersama The Daniela Cambone Show, Pengarang “Rich Dad Poor Dad” Robert Kiyosaki menegaskan Bitcoin (BTC), emas dan perak dapat menjadi perlindungan untuk pergolakan ekonomi global.

Selain mendedahkan melabur dalam perak susulan ia adalah pelaburan jangka panjang terbaik, Kiyosaki turut berkata bahawa beliau telah membeli emas serta perak sebenar dan bukannya dana dagangan bursa (ETF).

Bukan itu sahaja, Kiyosaki juga bersetuju dengan Andy Schectman iaitu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Miles Franklin Precious Metals yang menggelar perak sebagai aset paling rendah nilai untuk satu generasi.

Susulan sungguh yakin dengan emas dan BTC, Kiyosaki meramalkan harga emas termasuk perak bakal menggunung tinggi jika pasaran saham dan bon jatuh manakala BTC pula mampu cecah $100,000 di tengah-tengah peningkatan ketegangan ekonomi global.

Kiyosaki yang tidak mempercayai kerajaan persekutuan, Perbendaharaan, Federal Reserve (Fed) dan Wall Street telah menasihati kepada orang ramai untuk menahan diri daripada menyimpan dolar Amerika Syarikat (AS) dan mengelakkan bon.

Kemudian, beliau yang memberi amaran bahawa pasaran saham dan bon mungkin mengalami kejatuhan telah meramalkan emas , perak termasuk BTC akan melonjak ke paras tertinggi yang belum pernah berlaku sebelum ini.

Selain itu, Kiyosaki menekankan penyimpan dolar AS akan paling terkesan susulah kebimbangan mengenai tahap hutang tinggi telah semakin meningkat.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 0.58% pada paras $29,190 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $568 bilion seterusnya mencatatkan penyusutan 2.19% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat