Siakap Keli
Kredit Cayley Elsik, JBER Environmental Conservation

Beruang Hitam Berjaya Dirakam Selamba Tidur Lena Dalam Sarang Burung Helang

Beruang Hitam Berjaya Dirakam Selamba Tidur Lena Dalam Sarang Burung Helang

Seekor beruang hitam berjaya dirakam sedang tidur lena di dalam sebuah sarang burung helang botak, lapor LiveScience.

Penyelidik terserempak dengan beruang hitam yang sedang tidur itu ketika meninjau sarang burung helang di pangkalan tentera di Alaska.

Beruang hitam atau Ursus Americanus dikenali sebagai haiwan yang suka mengambil kesempatan daripada hasil kerja seni bina burung helang.

Pencerobohan ini telah menimbulkan masalah bagi burung dan anak mereka, menurut Perkhidmatan Ikan dan Hidupan Liar A.S (FWS).

“Pada masa lalu, beberapa sarang helang telah diceroboh oleh beruang hitam dan mendatangkan kesan yang buruk untuk helang bersarang,” tulis FWS dalam catatan Facebook pada 21 Julai lalu.

Mereka juga menambah bahawa insiden itu sering mengakibatkan anak burung helang hilang.

“Beruang itu kadang kala akan memakan telur dan sarang helang,” kata Stephen B. Lewsi, ahli biologi hidupan liar FWS yang mengetuai tinjauan sarang di pangkalan tentera Base Elemndorf Richardson (JBER) di Alaska.

“Sukar untuk mengatakan berapa banyak beruang menyerang sarang helang kerana kami tidak menghabiskan banyak masa memantau kejadian itu mahu pun keberadaan kamera untuk menyaksikannya,” kata Lewis kepada Live Science.

Semasa tinjauan helikopter pada bulan Mei lalu, penyelidik melihat seekor helang botak betina sedang mengeram telur di sarangnya. Namun sarang itu kemudiannya dicerobohi oleh beruang yang mengantuk itu.

Seminggu kemudian, telur itu ditinggalkan dalam keadaan kesejukan manakala helang betina dan pasangannya berada berdekatan.

“Tidak jelas sama ada percubaan bersarang telah gagal atau si betina hanya berehat daripada mengeram,” kata Lewis lagi.

Jelasnya, kebiasaannya helang jantan akan mengambil alih tugas mengeram daripada betina untuk memastikan telur kekal hangat, terutama tempat sejuk seperti Alaska.

Disebabkan pencerobohan itu, Lewis berpendapat bahawa sarang itu telah ‘gagal’ pada musim bunga lalu.

Kredit Cayley Elsik, JBER Environmental Conservation

Helang botak ialah burung pemangsa terbesar di Alaska dan mempunyai lebar sayap sekitar 2.3 meter, menurut ADFG.

Pemangsa ini membina sarang lebih besar berbanding mana-mana burung di Amerika Utara, dengan beberapa sarang berukuran 2.4 meter lebar dan berat lebih dua tan.

Saiz yang besar menyebabkan sarang ini menjadi tempat berehat yang selamat buat beruang hitam yang biasanya membina tempat tidur di cerun yang curam.

“Sarang ini tidak begitu jauh dari katil beruang itu. Ia mungkin kebetulan memanjat pokok dan memutuskan untuk tidur sebentar,” kata Lewis.

Bau hanyir ikan juga mungkin menjadi faktor daya penarik kepada beruang hitam untuk menceroboh sarang helang tersebut.

Sarang helang boleh menjadi agak berbau kerana ikan yang ditangkap untuk anak-anak mereka kadangkala tidak dimakan habis.

BACA: Lelaki Ditemui Maut, Kepala Terputus Dipercayai Jatuh Dari Tingkat 29

“Selalunya makanan itu tidak dimakan habis dan akhirnya terpijak ke dalam sarang atau berada di tepi sarang lalu mereput.

“Beruang mempunyai deria bau yang luar biasa, jadi beruang mungkin tertarik kepada sarang yang berbau busuk,” kata Lewis lagi.

Helang botak disenaraikan sebagai spesies terancam di seluruh A.S. pada tahun 1978.  Jumlahnya merosot akibat kemusnahan habitat, penembakan haram, racun perosak dan keracunan, menurut Jabatan Ikan dan Permainan Alaska (ADFG).

Perlindungan yang lebih kukuh telah membolehkan populasi pulih. Pemantauan berterusan untuk menilai kesan gangguan manusia seperti pelancongan dan tumpahan minyak sedang giat dijalankan. 

Sumber: Live Science

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

test