Pas gesa PM mohon maaf secara terbuka

Khairil Nizam
Khairil Nizam
A
A
A

KUANTAN - Pas menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf secara terbuka berhubung fitnah dan penipuan yang dilemparkan kepada Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.

Ketua Penerangan Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, ia susulan jawapan yang telah diberikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dalam soalan bertulis Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari mengenai dakwaan parti dalam PN menerima dana judi semasa kempen pilihan raya lalu.

Menurutnya, dalam jawapan tersebut, menteri terbabit menjelaskan bahawa selepas SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) menjalankan siasatan dan mendapati tuduhan terlalu umum dan tiada pihak dapat mengesahkan dakwaan terbabit.

"Lontaran tuduhan itu asalnya dibuat PMX selepas beberapa minggu menerajui kerajaan, melengkapkan lagi bukti pembohongan PMX.

"Kami menggesa PMX memohon maaf secara terbuka ke atas fitnah dan penipuan yang dilemparkan kepada PN," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dalam jawapan itu juga, Azalina memberitahu tiada apa-apa fail siasatan dibuka berhubung isu terbabit.

Sebelum ini, Perdana Menteri pada Disember lalu berkata, dana pilihan raya untuk parti 'Melayu' dan parti 'Islam' datang dari syarikat perjudian.