NO 2 Skuadron TUDM tabur bakti untuk asnaf

Pegawai Memerintah No 2 Skuadron, Lt Kol Hassan Basri Tajul Arifin menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima asnaf.
Pegawai Memerintah No 2 Skuadron, Lt Kol Hassan Basri Tajul Arifin menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima asnaf.
A
A
A

SUBANG - Bersempena kedatangan bulan Ramadan penuh berkat tahun ini, No 2 Skuadron Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Pangkalan Subang telah mengambil peluang menebar luaskan khidmat baktu mereka kepada masyarakat.

Kali ini mereka melaksanakan program jiwa murni dengan membuat sumbangan 'Pek Rahmah Ramadan’ kepada golongan asnaf di Kampung Melayu Subang dengan kerjasama daripada badan NGO Kelab Komuniti Syukur Malaysia.

No Image Caption

Pegawai Memerintah No 2 Skuadron, Lt Kol Hassan Basri Tajul Arifin (TUDM) berkata, program ini adalah suatu inisiatif yang dirancang bagi menambah amal dengan konsep mengejar 'mardahatillah’ di bulan yang mulia dan mengeratkan lagi hubungan TUDM amnya dan No 2 Skuadron khasnya bersama masyarakat setempat.

"Selain daripada mengejar keberkatan ramadan, program ini juga mampu membuka mata masyarakat bahawa warga TUDM terutamanya No 2 Skuadron mempunyai kepedulian sosial yang tinggi, di mana bukan sahaja menggalas tugas utama iaitu mempertahankan keamanan dan keselamatan negara sahaja namun kami tetap menjalinkan ukhwah dengan masyarakat sekeliling," katanya selepas menyerahkan sumbangan itu dalam majlis ringkas di Masjid An Nur, di sini pada Jumaat.

No Image Caption

Selesai pemberian sumbangan di Masjid An Nur, beliau serta wakil NGO Kelab Komuniti Syukur Malaysia, Muhamad Zairul Ariza Zainal Abidin turut melawat beberapa rumah penerima sumbangan yang rata-rata merupakan ahli veteran TUDM.

"Saya berharap dengan pemberian sumbangan yang kecil ini mampu memberi manfaat dan membantu semua keluarga yang menerimanya," ujar Hassan.

Sementara itu nazir bagi Masjid An Nur, Zainal Abidin Ahmad mengucapkan ribuan terima kasih mewakili kesemua penerima sumbangan kepada pegawai memerintah serta seluruh warga No 2 Skuadron dan juga Kelab Komuniti Syukur Malaysia.