Elon Musk Anggap China Pencabar Utama Tesla!

264

Pengasas Tesla, Elon Musk mengatakan pembuat kenderaan elektrik (EV) China akan menjadi pesaing terdekat syarikatnya.

Kenyataan itu dibuat bagi menjawab soalan mengenai landskap kompetitif untuk kereta elektrik pada pengumuman pendapatan Tesla pada hari Rabu.

Ujarnya, syarikat itu bersemangat tentang masa hadapan dan ia akan menjadi hebat.

Tambah beliau lagi, Tesla sangat menghormati syarikat kereta di China kerana mereka adalah yang paling berdaya saing di dunia, bekerja dengan keras dan sangat bijak.

Justeru, Musk berpendapat bahawa beberapa syarikat dari China berpotensi untuk menjadi ‘Tesla kedua’.

Tesla mempunyai beberapa pencabar di China dalam ruang kenderaan elektrik, termasuk banyak syarikat pemula seperti Nio, Xpeng dan Li Auto.

Namun, pesaing terbesar Tesla di Beijing yang jelas terlihat setakat ini adalah pembuat kereta yang disokong Warren Buffett, BYD Auto. 

Tahun lepas, syarikat yang berpangkalan di Wilayah Shaanxi itu telah menjual 911,140 EV di seluruh dunia dan 1.8 juta kenderaan lain. Tesla menghantar 1.31 juta kereta secara keseluruhan pada 2022.

Tesla telah menghadapi cabaran besar di China tahun lalu disebabkan sekatan Covid yang dilaksanakan, mendorongnya menurunkan harga kereta ekoran permintaan pengguna yang lemah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat