Jumlah mangsa banjir di Rompin kembali meningkat

Anggota penyelamat membantu memindahkan mangsa banjir.
Anggota penyelamat membantu memindahkan mangsa banjir.
A
A
A

KUANTAN - Selepas menunjukkan trend penurunan sejak pagi Jumaat, jumlah mangsa banjir di daerah Rompin kembali meningkat setakat 4 petang ini.

Seramai 352 orang daripada 105 keluarga di empat pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 4 petang, berbanding hanya seramai 237 mangsa daripada 97 keluarga ditempatkan di tiga PPS, jam 8 pagi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang berkata, mangsa tertinggi dipindahkan di PPS Kampung Setajam iaitu seramai 165 orang.

"PPS Balairaya Rekoh pula membabitkan 112 orang, Balairaya Bukit Palas (40 orang) seterusnya Balairaya Kampung Denai seramai 25 orang.

"Daripada jumlah 352 orang, terdapat 11 bayi, 38 warga emas, dua orang kurang upaya, manakala 95 adalah kanak-kanak dan selebihnya adalah golongan dewasa," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Empat kawasan yang dinaiki air iaitu Kampung Setajam, Bukit Lepas, Kampung Rekoh dan Kampung Denai.

Banjir berlaku disebabkan hujan lebat secara berterusan sejak Selasa lalu.

Sementara itu, berdasarkan maklumat laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan paras sungai di Rompin melepasi paras amaran pada jam 5 petang

Stesen Sungai Keratong di jam Bahau Keratong kini paras bahaya iaitu 24.60meter dan dalam trend menurun manakala Sungai Serting di jam Padang Gudang pula pada paras waspada (30.70 meter).