Shahelmey terima petisyen cabar keputusan PRU15 Parlimen Putatan

Shahelmey ketika ditemui pemberita selepas tinjauan mesra dan menyampaikan limau mandarin kepada peniaga sekitar Putatan.
Shahelmey ketika ditemui pemberita selepas tinjauan mesra dan menyampaikan limau mandarin kepada peniaga sekitar Putatan.
A
A
A

PUTATAN - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya sudah menerima petisyen yang difailkan terhadapnya bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Putatan.

Ahli Parlimen Putatan itu bagaimanapun telah menjangkakan bahawa petisyen itu akan difailkan terhadapnya berikutan jumlah majoriti tipis yang diperoleh ketika memenangi kerusi Parlimen berkenaan.

"Itu kita sudah jangkakan apabila sesuatu keputusan dengan jumlah majoriti yang begitu kecil memang selalunya akan timbul petisyen pilihan raya.

"Saya sudah menerimanya pada minggu lepas dan telah mengarahkan pasukan peguam saya untuk membuat tindakan yang selanjutnya," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan tinjauan mesra dan menyampaikan limau mandarin kepada peniaga sekitar Putatan, pada Selasa.

Shahelmey ketika menyampaikan limau mandarin kepada peniaga sekitar Putatan.
Shahelmey ketika menyampaikan limau mandarin kepada peniaga sekitar Putatan.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai petisyen yang difailkan terhadapnya oleh bekas Ahli Parlimen Putatan, Awang Husaini Sahari bagi mencabar keputusan PRU15 di Parlimen Putatan.

Ditanya adakah beliau tergugat dengan tindakan itu, Shahelmey berkata, dia bersedia untuk berhadapan dengan situasi berkenaan.

"Saya tidak tergugat, saya terima kenyataan apabila ada majoriti tipis sudah tentu ada petisyen," katanya.

Artikel Berkaitan:

Pada PRU lalu, Shahelmey yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti tipis 124 undi apabila memperoleh

sebanyak 16,234 undi.

Keputusan itu sekali gus menewaskan Awang Husaini daripada Pakatan Harapan (PH) yang mendapat sebanyak 16,110 undi dan dua lagi calon lain daripada Parti Warisan (Warisan) dan Parti Pejuang Tanah Air yang mana masing-masing hanya memperoleh 8,511 dan 394 undi.