Tiada solusi konkrit kenaikan harga barang makanan

Khairil Nizam
Khairil Nizam
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Penerangan Pas Pusat, Khairil Nizam Khirudin menyifatkan tiada sebarang solusi konkrit mengenai kenaikan harga barang makanan yang dijelaskan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Beliau mendakwa, Rafizi telah gagal mengemukakan faktor sebenar kenaikan harga barang makanan sama ada ketiadaan bekalan, kenaikan kos atau peningkatan permintaan.

Menurutnya, Rafizi juga tidak menyentuh secara keseluruhan mengenai langkah drastik bagi mengurangkan kadar inflasi subsektor makanan dan minuman bukan alkohol yang konsisten, yang mencecah 7.3 peratus pada bulan lalu, yang menjadi bahagian besar atau 30 peratus daripada perbelanjaan isi rumah.

"Harga barang makanan tidak rasional dan memerlukan intervensi serta penguatkuasaan lebih kuat oleh kerajaan. Bukan hanya menyuruh rakyat kurang makan ayam.

"Mekanisme subsidi bersasar telah disebut oleh Perdana Menteri pada hari pertama pentadbirannya tetapi masih belum dilaksanakan. Rafizi hanya mengulang perkara yang sama," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Pada masa sama, Khairil Nizam, yang juga Ahli Parlimen Jerantut, berkata, bagi isu kenaikan harga telur dan ayam, kemungkinan ia disebabkan oleh pihak penternak yang mengalami masalah kenaikan kos pengeluaran dan aliran modal atau, ia juga mungkin disebabkan monopoli dan manipulasi bekalan.

Ujarnya, perkara itu tidak disentuh dengan terperinci dalam kenyataan pada Jumaat.

"Langkah mengimport telur tidak menyelesaikan masalah tuntas. Menurut Pengarah Urusan Mydin (Datuk Ameer Ali Mydin), harga telur import gred C (50 sen sebiji) lebih mahal daripada telur gred A tempatan (45 sen sebiji), malah ia melangkaui harga siling ditetapkan kerajaan.

Artikel Berkaitan:

"Isu bekalan telur mungkin selesai tetapi masalah utama kenaikan harga yang ditanggung rakyat dan menangani isu monopoli tetap tidak terjawab," katanya.