11 PATI disumbat dalam kereta

Kerosakan sebuah kereta Proton Waja membawa kepada penemuan 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang 'disumbat' dalam kenderaan itu di Kilometer 63.1 Arah Selatan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), di sini, pada Sabtu.
Kerosakan sebuah kereta Proton Waja membawa kepada penemuan 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang 'disumbat' dalam kenderaan itu di Kilometer 63.1 Arah Selatan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), di sini, pada Sabtu.
A
A
A

PENDANG - Kerosakan sebuah kereta Proton Waja membawa kepada penemuan 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang 'disumbat' dalam kenderaan itu di Kilometer 63.1 Arah Selatan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata, pada mulanya, polis menerima panggilan daripada anggota Polis Bantuan Peronda Lebuhraya (PLUS) memaklumkan sebuah kereta mengalami kerosakan dalam kejadian jam 8.05 pagi itu.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan, sebaik pemeriksaan dilakukan, seramai 11 lelaki warga Myanmar ditemui dalam kenderaan terbabit.

"Susulan itu, anggota polis bergegas ke lokasi dan sebaik tiba polis terus menahan kesemua PATI 11terbabit.

“Bagaimanapun, pemandu kereta yang dipercayai menjadi 'Transporter' telah melarikan diri sebaik melihat kenderaan polis bantuan tiba," katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Arriz Sham berkata, 11 lelaki berusia lingkungan 20 hingga 50 tahun itu kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pendang untuk tindakan lanjut.

"Melalui pemeriksaan lanjut, kesemua PATI terbabit didapati tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan.

"Siasatan lanjut turut mendapati semua lelaki warga Myanmar itu akan di hantar kepada satu sindiket di selatan tanah air yang menawarkan pekerjaan kepada mereka," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Beliau memaklumkan, pihaknya turut merampas kereta Proton Waja digunakan untuk membawa 11 Pati terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63.