Warisan gesa MA63 segera dimuktamadkan

Mohd Shafie (depan) ditemui pemberita selepas MoU Permuafakatan Antara Gabungan di bawah Kerajaan Perpaduan di Putrajaya pada Jumaat.
Mohd Shafie (depan) ditemui pemberita selepas MoU Permuafakatan Antara Gabungan di bawah Kerajaan Perpaduan di Putrajaya pada Jumaat.
A
A
A

PUTRAJAYA - Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menggesa Kerajaan Perpaduan Malaysia segera memuktamadkan Perjanjian 1963 (MA63).

Menurutnya, faktor kewangan tidak dijadikan alasan untuk segera memuktamadkan MA63.

"Kami tahu dalam keadaan negara pada hari ini, MA63 bukanlah sesuatu yang mudah namun ia tidak harus dijadikan alasan," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Menandatangani Perjanjian (MoU) Permuafakatan Antara Gabungan di bawah Kerajaan Perpaduan di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, kerajaan tidak boleh menggunakan alasan itu untuk menangguhkan sehingga tahun hadapan.

"Kita boleh berbelanja berbilion untuk perkara lain kenapa tidak boleh belanja pula untuk prasarana, sekolah air dan elektrik di Sabah dan Sarawak," katanya.

Mohd Shafie berkata, terdapat beberapa perkara di dalam MA63 telah diselesaikan semasa pentadbiran terdahulu namun ada beberapa perkara yang masih tertangguh.

"Saya berharap ia dapat diperhalusi segera kerana ia turut membabitkan kelulusan kerajaan pusat," katanya.

Artikel Berkaitan: