PRU15: Itu agihan dana kerajaan bukan 'sogokan'

Che Alias
Che Alias
A
A
A

KEMAMAN - Tidak timbul isu rasuah atau wang sogokan untuk memancing undi tetapi peruntukan yang diberikan adalah agihan bantuan yang telah dibentangkan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), kata Calon Perikatan Nasional (PN), Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid.

Beliau berkata demikian ketika memberi maklum balas berhubung dakwaan segelintir pihak tidak bertanggungjawab mengatakan berlaku agihan wang sogokan atau 'salam kaut' untuk menarik undi ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Che Alias yang juga penyandang kerusi Parlimen Kemaman berkata, kerajaan negeri sekarang dalam proses menyampaikan sumbangan pelbagai dana.

"Apa yang mereka tuduh dan muat naik di laman sosial Facebook itu mungkin sumbangan belia peringkat DUN Kijal.

"Sekarang dana belia, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal, mahasiswa dan pelbagai lagi sedang diagihkan bersesuaian dengan agenda kebajikan negeri.

"Ini termasuk juga bantuan pencen untuk warga emas," katanya.

Katanya, ada sebab kenapa kerajaan negeri mengambil keputusan tidak melakukan pembubaran DUN kerana masih banyak perkara perlu diselesaikan.

"Banyak agenda kerajaan perlu diselesaikan dan tidak timbul isu 'kaut' kerana itu program kerajaan," katanya.

Artikel Berkaitan: