Larry diminta hadir mesyuarat khas Ahli Majlis Tertinggi PBM

Haniza
Haniza
A
A
A

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM), Haniza Mohamed Talha menggesa pengasasnya, Datuk Larry Sng Wei Shien menghadiri mesyuarat khas Ahli Majlis Tertinggi parti itu pada 3 November depan.

Haniza berkata demikian sebagai menjawab spekulasi dalam hantaran Facebook Larry yang mempersoalkan status Presiden PBM, Datuk Zuraida Kamaruddin.

Menurutnya, ia penting bagi menjawab persoalan dan tanda tanya yang dibangkitkan mengenai kedudukan Zuraida sebagai Presiden parti yang sah.

“Ia sepertimana yang telah diumumkan pada Persidangan Agung Tahunan PBM pada 7 Oktober 2022 dan telah diperakui dalam minit mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi ke-6 lalu,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Ujar beliau, panggilan untuk mengadakan mesyuarat tersebut termaktub dalam Fasal 21 (1) Perlembagaan PBM yang membolehkan Majlis Tertinggi PBM atas permintaan bertulis oleh sekurang-kurangnya satu pertiga daripada jumlah keseluruhan ahli-ahli Majlis Tertinggi PBM untuk diadakan satu mesyuarat bagi menyelesaikan isu-isu tertentu.

Media sebelum ini melaporkan, Larry akan bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Julau atas tiket PBM dan menegaskan beliau sehingga kini masih presiden parti tersebut.

Katanya, sebagai presiden parti, beliau tidak pernah meletak jawatan ataupun membatalkan keahlian parti beliau.

Larry juga akan mengumumkan perkara berkaitan dengan status PBM dan calon-calon lain parti itu dalam tempoh beberapa hari lagi.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, segala pengumuman yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin parti tersebut sebelum ini hanyalah spekulasi semata-mata.