Pembahagian kerusi PN masih belum muktamad: Takiyuddin

Takiyuddin ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Majlis Presiden Perikatan Nasional di Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Petaling Jaya pada Khamis.
Takiyuddin ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Majlis Presiden Perikatan Nasional di Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Petaling Jaya pada Khamis.
A
A
A

PETALING JAYA - Pembahagian kerusi melibatkan gabungan parti dalam Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) masih lagi belum muktamad.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, PN masih lagi berbincang mengenai pembahagian kerusi dan akan mengumumkannya sebaik sahaja ia muktamad.

“(Pembahagian kerusi) belum muktamad. Bila kita (sudah) final, kita akan umumkan,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Presiden PN di Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), di sini pada Khamis.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan 19 November depan sebagai hari pengundian bagi PRU15 serentak dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) N66 Bugaya.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh turut memaklumkan penamaan calon ditetapkan pada 5 November.

Dalam pada itu, Takiyuddin menambah, dua negeri akan menggunakan logo Pas dalam PRU15 iaitu Kelantan dan Terengganu.

“Kelantan dan Terengganu menggunakan logo Pas. Tetapi negeri-negeri lain termasuk Kedah menggunakan logo PN,” katanya.

Sementara itu, Takiyuddin menegaskan perbincangan membabitkan kerjasama dengan Gerakan Tanah Air (GTA) dalam PRU15 tidak dibincangkan dalam mesyuarat pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

“Tidak dibincangkan,” katanya ringkas.