Pemuda UMNO Ketereh ditembak, masih ditidurkan

Laporan Sinar Harian pada Ahad.
Laporan Sinar Harian pada Ahad.
A
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Seorang Ahli Jawatankuasa (AJK) Pemuda UMNO Ketereh yang menjadi mangsa tembakan dalam kejadian di tepi Jalan Aur Duri, Kampung Seberang, Pasir Mas, Salor di sini pada Sabtu, masih ditidurkan.

Adik ipar mangsa, Shazwan Razali, 33, berkata, bagaimanapun keadaan mangsa yang berusia 30 tahun itu tidak lagi bergantung pada alat bantuan pernafasan.

“Keadaan abang ipar pada petang ini semakin baik dan sudah tidak menggunakan bantuan alat pernafasan.

“Alhamdulillah dia stabil, bagaimanapun masih perlu ditidurkan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini pada Isnin.

Katanya, hanya keluarga terdekat dibenarkan melawat mangsa di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini.

Difahamkan mangsa mempunyai dua anak berusia empat dan setahun, manakala isterinya menjalankan perniagaan kosmetik secara dalam talian.

Mangsa adalah sukarelawan polis dan bertugas di Balai Polis Kota Bharu sejak tahun 2014.

Bagaimanapun semasa kejadian mangsa tidak bertugas.

Artikel Berkaitan:

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 11 malam itu menyebabkan mangsa cedera di paru-paru kiri.

Susulan itu, polis mereman seorang lelaki berusia 35 tahun selama lima hari berkuat kuasa Ahad hingga Khamis ini bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.