Hentikan serang-menyerang, gelar-menggelar: Mohd Khairuddin

Kenyataan dimuat naik Mohd Khairuddin di akaun Facebooknya.
Kenyataan dimuat naik Mohd Khairuddin di akaun Facebooknya.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali meminta ahli politik Muslim untuk berhenti serang-menyerang dan saling gelar- menggelar antara satu sama lain.

Menurut beliau, meskipun terdapat perbezaan pendapat, namun politik merupakan kerangka fikir dalam mewujudkan keadaan yang lebih baik kepada negara.

Ujarnya, semua pihak hendaklah bersaing secara sihat atas persaudaraan sesama Islam.

“Cukup-cukuplah kata-mengata, serang-menyerang dan gelar-menggelar antara ahli politik.

“Politik adalah 'ijtihad' memerah idea mencari mana yang terbaik untuk mentadbir negara. Bentanglah kebaikan prinsip perjuangan masing-masing. Kita semua adalah Muslim dan manusia bersaudara,” kata beliau dalam satu hantaran di Facebook pada Sabtu.

Mohd Khairuddin menegaskan bahawa beliau akan meneruskan perjuangan Islam sebagai prinsip utama dalam politiknya.

“Saya tetap istiqamah dengan Islam sebagai prinsip perjuangan kerana saya adalah Muslim,” jelasnya.

Artikel Berkaitan: