[VIDEO] 'Tak perlu heboh diri keturunan nabi' - Idris

Idris semasa program Multaqa Murabbi Ummah (MMU) Peringkat Negeri Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini pada Selasa.
Idris semasa program Multaqa Murabbi Ummah (MMU) Peringkat Negeri Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Tiada keperluan untuk individu yang mendakwa dirinya berketurunan Rasulullah SAW untuk memaklumkan identitinya di khalayak ramai, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad.

Menurutnya, tidak mendatangkan sebarang kesan signifikan jika bertemu dengan individu tersebut.

Beliau berkata, masyarakat sepatutnya belajar untuk menyayangi Rasulullah SAW, keluarga baginda dan mencintai al-Quran seperti yang diajarkan.

"Sepatutnya kita bincang bagaimana untuk sayangi nabi, keluarga baginda dan baca al-Quran," katanya.

Beliau berkata demikian selepas program Multaqa Murabbi Ummah (MMU) Peringkat Negeri Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini pada Selasa.

Dalam pada itu, Idris menasihatkan golongan yang dikatakan taksub kepada individu terbabit untuk memahami ilmu asas agama dengan betul.

"Yang penting, kita berselawat kepada nabi dan sayangkan keluarganya.

"Jangan kita hina isteri dan keluarga nabi, jadi bila ada polemik begini, ia menyusahkan semua orang," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan pihaknya masih belum mendapatkan laporan lengkap daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung golongan agama yang mendakwa dirinya keturunan nabi.

"Perkara ini banyak dibincangkan secara meluas tapi kita perlu buat siasatan yang adil. Saya percaya kredibiliti pegawai kita (JAIS)," katanya.

Baru-baru ini, Sinar Harian melaporkan JAIS akan menyiasat kumpulan agamawan yang didakwa datang daripada keturunan Rasulullah SAW.

Pengarahnya, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, ia susulan pembatalan majlis agama daripada kumpulan berkenaan di negeri-negeri lain seperti Terengganu, Kelantan, Kedah dan Melaka yang didakwa meragukan.