'Boleh jadi PM kali ketiga, keempat'

Datuk Seri Takiyuddin Hassan
Datuk Seri Takiyuddin Hassan
A
A
A

KOTA BHARU - Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, undang-undang negara tidak pernah menyekat berapa kali individu itu boleh menjadi Perdana Menteri.

"Sesiapa saja boleh menjadi Perdana Menteri.. yang ketiga... yang keempat asalkan ada sokongan majoriti daripada Ahli Dewan Rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kesediaan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri kali ketiga.

Komen ringkas kepada pemberita itu selepas Majlis Pelancaran Klinik Penyelesaian Tunggakan Kes Pusaka Peringkat Negeri Kelantan pada Isnin.

Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, kesediaan itu bergantung kepada desakan dan tiada calon lain yang sesuai.

Bagaimanapun, pada masa sama beliau lebih memilih untuk berehat dan menjadi penasihat.

Dr Mahathir memberitahu perkara itu ketika program 'Hard Talk With Dr Mahathir' di Pusat Konvensyen Bangi yang turut disiarkan secara langsung menerusi Facebook rasmi Pejuang.