Polis kesan individu panah kepala anjing

Polis sedang mengesan suspek disyaki terlibat dalam kejadian berkenaan. - Foto media sosial
Polis sedang mengesan suspek disyaki terlibat dalam kejadian berkenaan. - Foto media sosial
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan seorang lelaki tular memanah seekor anjing di bahagian kepala sehingga mati dalam kejadian dipercayai di hadapan sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, berdasarkan keterangan seorang pengawal keselamatan, kejadian itu dipercayai berlaku pada Rabu.

"Setakat ini tiada laporan diterima dan polis dalam usaha mengesan serta mengenal pasti suspek terlibat.

"Tiada kertas siasatan dibuka setakat ini tetapi jika suspek berjaya dikesan polis akan jalankan siasatan atas kesalahan penganiayaan terhadap binatang," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Ashari berkata, tidak menjadi kesalahan untuk memiliki, membeli atau membawa panah di tempat awam bagaimanapun, ia tidak boleh digunakan untuk perkara yang melanggar undang-undang.

"Jika digunakan untuk mencederakan manusia, kesalahan tertakluk kepada tahap mana kesalahan dilakukan mengikut Seksyen 302, 324, 324 Kanun Keseksaan dan sebagainya," jelas beliau.

Katanya, untuk kes tular terbabit kertas siasatan akan dibuka atas kesalahan menganiaya haiwan jika suspek terbabit berjaya ditahan.

Artikel Berkaitan: