PRU15: Pembahagian kerusi PH Negeri Sembilan selesai

Aminuddin
Aminuddin
A
A
A

SEREMBAN - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun memaklumkan rundingan pembahagian kerusi gabungan parti itu di negeri ini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) telah selesai.

Beliau berkata, ia membabitkan pembahagian kerusi di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Dah selesai di peringkat Parlimen. Di peringkat DUN pun saya rasa dah 99 peratus selesai, kita dah bahagi-bahagi, begitu juga di Melaka.

"Soal pembahagian kerusi di sebahagian negeri-negeri lain juga sudah selesai bagaimanapun terdapat satu dua negeri yang masih dalam perbincangan," katanya dalam sidang akhbar selepas selesai mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri pada Rabu.

Aminuddin yang juga Naib Presiden PKR berkata, soal calon pula ditentukan oleh parti masing-masing dalam PH.

"Calon daripada parti masing-masing manakala kerusi perbincangan dengan parti-parti. Jadi sekarang tunggu calon sahajalah di umum. Insya-ALLAH kalau pilihan raya bulan depan pun, kita dah ada calon.

"Kalau Sikamat (DUN Sikamat) ada orang nak bertanding, hantar nama tetapi pemilihan akan diputuskan di peringkat pusat dan nama tu dah mula hantar sekarang," katanya.

Artikel Berkaitan: