PRU15 sikit saja lagi, tidak lama lagi: PM

 Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) bersama Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadiri Majlis Pelancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional di Stadium Titiwangsa, pada Sabtu. - Foto Bernama
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) bersama Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadiri Majlis Pelancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional di Stadium Titiwangsa, pada Sabtu. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob seperti memberi bayangan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan diadakan dalam masa terdekat.

Ismail Sabri memaklumkan, beliau akan bertemu 'Top Five UMNO' dalam masa terdekat bagi membincangkan tarikh PRU15.

"Bila tarikhnya? Percayalah sikit saja lagi, tak lama lagi.

"Top Five ada di sini dan Insya-ALLAH dalam waktu terdekat kami akan berjumpa untuk berbincang,” katanya ketika berucap ketika pelancaran jentera Pemuda BN di Stadium Titiwangsa, pada Sabtu.

Ia disambut dengan laungan 'bubar ' oleh kesemua pemuda BN yang berada di Stadium Titiwangsa selepas Ismail Sabri memberi bayangan mengenai PRU15 bakal diadakan tidak lama lagi.

Hadir sama Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, apabila Parlimen dibubarkan dan pilihan raya dilangsungkan, apa yang paling penting adalah kemenangan untuk BN pada PRU15.

"Penting apabila Parlimen dibubarkan, pilihan raya diadakan. Kita mesti menang.

Artikel Berkaitan:

"Kalau PRU diadakan kita tak mampu menguasai kerusi untuk membentuk kerajaan, kita akan kembali seperti PRU14. Presiden...kita bincang cepat-cepat," kata Ismail Sabri.