Ahmad Zahid beri salam

Ahmad Zahid keluar dari pekarangan mahkamah kira-kira jam 5.40 petang pada Selasa.
Ahmad Zahid keluar dari pekarangan mahkamah kira-kira jam 5.40 petang pada Selasa.
A
A
A

PUTRAJAYA - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sempat melambai dan memberi salam ketika keluar dari pekarangan Istana Kehakiman Putrajaya di sini pada Selasa.

Beliau sebelum itu dilihat hadir ke mahkamah kira-kira jam 3.30 petang untuk mendengar prosiding rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun, mahkamah menolak rayuan akhir Najib untuk mengetepikan sabitan hukuman dan denda yang dikenakan terhadapnya berhubung penyelewengan dana Syarikat SRC International Sdn Bhd.

Susulan keputusan itu, Najib diperintahkan untuk menjalani hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Tidak lama kemudian, Ahmad Zahid dilihat keluar menaiki Toyota Vellfire warna putih kira-kira jam 5.40 petang.

Ahmad Zahid sempat melambai ketika dipanggil para penyokong di luar mahkamah sebelum memberi salam dan berlalu pergi.

"Assalamualaikum," ujarnya.

Sebelum itu, panel lima hakim dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membuat keputusan yang betul dan tidak terkhilaf apabila mensabitkan Najib terhadap tuduhan berkenaan.

Artikel Berkaitan:


Pimpinan UMNO rakam simpati

Naib presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid merakamkan simpati kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarga susulan keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta dalam kes menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Mahdzir berkata, meskipun nasib Ahli Parlimen Pekan itu kini berubah, jasa dan khidmat beliau dalam UMNO dan negara tidak dapat dinafikan

“'Justice hurried is justice buried' adalah satu frasa yang boleh kita hayati bersama dalam situasi ini,” katanya menerusi ciapan di Twitter pada Selasa.

Turut sama merakamkan simpati, Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau menyifatkan kes tersebut tidak akan berhenti setakat hari ini sahaja, tetapi akan terus diulas kerana rakyat juga sedang menghakimi.

“Diharap beliau dan keluarga terus tabah,” katanya di Twitter.