Pegawai tidak jelas peranan dalam projek LCS

Laporan yang bertajuk Review of the LCS Programme itu boleh didapati di laman web rasmi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen.
Laporan yang bertajuk Review of the LCS Programme itu boleh didapati di laman web rasmi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen.
A
A
A

SHAH ALAM - Struktur organisasi projek kapal tempur pesisir (LCS) yang belum diluluskan menyebabkan pegawainya tidak mengetahui peranan mereka dalam program berkenaan.

Menurut Laporan Boustead Heavy Industries Corp (BHIC), struktur yang dibiarkan tanpa kelulusan itu menyebabkan pegawainya tidak mengetahui tanggungjawab serta kuasa mereka.

Selain itu, laporan tersebut berkata, disebabkan perkara tersebut, pegawainya juga tidak jelas dengan peranan ketua projek terbabit.

“Pelbagai jawatan kosong yang dimaksudkan bagi menyokong projek LCS juga tidak diisi.

“Kekurangan tenaga kerja (untuk projek LCS) juga menghalang operasi perniagaan dilakukan secara efektif serta mengekang ketuanya menjalankan program ‘seperti sepatutnya’,” kata laporan berkenaan.

Laporan merupakan hasil audit forensik dalaman BHIC mengenai projek LCS yang dinyahklasifikasi pada Isnin.

Laporan yang bertajuk 'Review of the LCS Programme' itu boleh didapati di laman web rasmi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen.

Tambahnya, tiada sebarang analisis varian yang betul dilakukan untuk mengawal kos atau bagi mengenal pasti kedudukan varian negatif.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, ia sebenarnya boleh membantu memastikan projek itu berada di landasan betul dan mencapai sasaran diingini.

“Tiada prosedur operasi standard (SOP) diselaraskan dan had kuasa tidak ditentukan untuk tempoh yang lama, ia mengakibatkan pemprosesan transaksi tidak konsisten, tidak lengkap dan tidak tepat.

“Walaupun ‘bendera merah’ telah diangkat oleh pelbagai pihak, termasuk kumpulan juruaudit dalaman, tiada langkah pembetulan diambil oleh pengurusan atau pengerusi lembaga bagi mengesahkan dakwaan itu,” menurut laporan itu.