'Maafkan saya, daddy' - Nooryana Najwa

Tangkap layar hantaran Nooryana Najwa di Instagram miliknya pada Selasa.
Tangkap layar hantaran Nooryana Najwa di Instagram miliknya pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - “Maafkan saya, daddy."

Itu luahan anak perempuan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa sejurus Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta.

Anak keempat Ahli Parlimen Pekan itu menyifatkan sistem undang-undang hari ini tidak menyebelahi nasib bapanya setelah berjuang selama empat tahun bagi menafikan pertuduhan terhadapanya.

“Mungkin kita tidak cukup berjuang, mungkin kita meletakkan kepercayaan sepenuhnya terhadap sistem keadilan kita.

“Mungkin kita percayakan matlamat dan tujuan dengan sepenuh hati, jadi kita bertahan sepanjang empat tahun ini.

“Namun kamu (daddy) tidak mendapat keadilan hari ini (Selasa), malah kita juga tidak berpeluang bertempur,” katanya menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Selasa.

Nooryana bagaimanapun menegaskan, perjuangan untuk bapanya itu tidak akan terhenti setakat ini.

Beliau turut berjanji mereka sekeluarga akan terus berusaha menegakkan kebenaran agar Najib dapat kembali ke pangkuan keluarga.

“Tetapi 'Bossku’ tidak akan berakhir di sini.

Saya berjanji bahawa Mummy, Ashman, Abang Jaja, saya, keluarga dan orang-orang kamu tidak akan berehat sehingga kamu kembali bersama kami dan keadilan ditegakkan.

“Kami sangat berbangga dengan kekuatan kamu.

“Saya akan berpegang pada kata-kata perpisahan kamu dengan saya setiap hari iaitu mereka boleh mengawal segala-galanya tetapi mereka tidak dapat mengawal emosi dan kekuatan fikiran kita.

“Tetap kuat, ALLAH SWT bersamamu daddyku.

(Saya) sentiasa bersama kamu, untuk sekarang dan selamanya,” luah Nooryana.