Pekerja kilang maut tersepit rantai mesin

Anggota bomba menggunakan peralatan khas mengeluarkan seorang lelaki yang tersepit rantai sebuah mesin sebuah kilang di Jalan Genuang, Segamat, pada Isnin.
Anggota bomba menggunakan peralatan khas mengeluarkan seorang lelaki yang tersepit rantai sebuah mesin sebuah kilang di Jalan Genuang, Segamat, pada Isnin.
A
A
A
SEGAMAT - Seorang pekerja maut selepas tersepit pada rantai mesin sebuah kilang di Jalan Genuang, pada Isnin.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Segamat, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mazuki Ismail berkata, mangsa tersepit pada rantai mesin 'fryer conveyor' dalam kilang tersebut.

Menurut Mazuki, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 3.18 petang dan seramai 12 anggota dibantu satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ke tempat kejadian.

"Mangsa tersepit pada rantai mesin 'fryer conveyor' dalam kilang terbabit. Bomba memotong rantai mesin menggunakan peralatan khas dan mengeluarkan mangsa.

"Mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia 57 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan yang hadir," katanya dalam kenyataan, pada Isnin.
Artikel Berkaitan:


Katanya, mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tampat pada jam 4.14 petang.