Enam remaja ditahan lakukan aksi wheelie

Enam remaja ditahan kerana melakukan aksi wheelie semasa Op Samseng Jalanan melibatkan tiga lokasi berasingan di Kota Bharu, Gua Musang dan Tumpat pada Khamis dan Jumaat lalu.
Enam remaja ditahan kerana melakukan aksi wheelie semasa Op Samseng Jalanan melibatkan tiga lokasi berasingan di Kota Bharu, Gua Musang dan Tumpat pada Khamis dan Jumaat lalu.
A
A
A

KOTA BHARU - Enam remaja ditahan kerana melakukan aksi wheelie dalam Op Samseng Jalanan melibatkan tiga lokasi di Kota Bharu, Gua Musang dan Tumpat pada Khamis dan Jumaat lalu.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kesemua mereka yang berusia 14 hingga 19 tahun itu disiasat bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana melakukan aksi mengangkat tayar hadapan (wheelie).

"Kegiatan merempit merupakan kesalahan serius yang mana jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan didenda tidak kurang RM5,000 dan tidak melebihi RM15,000.

"Bagi kesalahan kali kedua, boleh di penjara tidak lebih 10 tahun dan denda RM10,000 hingga RM20,000," katanya dalam kenyataan, pada Ahad.

Menurutnya, ibu bapa juga akan disaman sekiranya membenarkan anak menunggang motosikal tanpa lesen atau bawah umur.

Beliau menasihatkan ibu bapa untuk memantau kegiatan atau aktiviti anak remaja apabila keluar menunggang motosikal bersama rakan terutama pada waktu petang dan malam antara jam 10 malam ke lewat pagi.

Katanya, ini kerana aktiviti berkenaan banyak berlaku pada waktu tersebut.

Dalam perkembangan lain Muhamad Zaki berkata, sebanyak 60 notis saman dikeluarkan menerusi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik melalui Op Samseng Jalanan.

"Melibatkan pelbagai kesalahan antaranya Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan telah menyita lima buah motosikal iaitu Honda C70 (1), Honda EX5 (3) dan Yamaha 125 ZR (1)," katanya.