Mohon bantuan orang ramai kesan wanita hilang

Norshahira kali terakhir dilihat selepas dihantar bekerja di sebuah kilang di Khantan, Chemor. - Foto ihsan polis
Norshahira kali terakhir dilihat selepas dihantar bekerja di sebuah kilang di Khantan, Chemor. - Foto ihsan polis
A
A
A

IPOH - Polis mohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang wanita berusia 20 tahun yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu.

Difahamkan wanita dikenali sebagai Norshahira Razali kali terakhir dilihat selepas dihantar bekerja di sebuah kilang di Khantan di sini.

Norshahira yang beralamat di Taman Lintang, Sungai Siput bagaimanapun tidak muncul ketika dijemput oleh bapanya kira-kira jam 7 petang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Lee Swee Sake berkata, laporan polis dibuat oleh bapa wanita itu di Balai Polis Kanthan Baru.

"Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lokasi wanita itu berada boleh menghubungi Penolong Ketua Polis Balai Kanthan Baru, Sarjan Mohd Nazari Abdul Rahman di talian 05-2012422.

"Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2451500," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.