[VIDEO] PKR tidak akan bekerjasama dengan Azmin

Fahmi Fadzil & Azmin Ali
Fahmi Fadzil & Azmin Ali
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) memutuskan parti itu tidak akan berbincang atau bekerjasama dengan Menteri Kanan (Ekonomi), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu merupakan antara pendirian yang diputuskan dalam mesyuarat MPP pada malam Isnin.

Beliau berkata, anggota parti menganggap Azmin yang juga bekas Timbalan Presiden PKR sebagai antara punca utama menyebabkan berlakunya pengkhianatan 'Langkah Sheraton'.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, MPP turut memutuskan Kongres Wanita dan Angkatan Muda PKR akan diteruskan pada 15 Julai 2022 di Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam di sini.

Menurut beliau, Kongres Nasional juga akan diteruskan pada 16 dan 17 Julai ini di tempat yang sama.

"Kongres kali ini akan menumpukan kepada kesiapsiagaan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) serta pembubaran Parlimen yang boleh berlaku pada bila-bila masa selepas 31 Julai 2022," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Berhubung Pemilihan 2022, Fahmi memaklumkan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) akan mengumumkan secara rasmi saf kepimpinan yang baharu cabang serta pimpinan utama PKR selepas selesai seluruh proses aduan dan audit.

"Saf kepimpinan baharu ini perlu bergerak pantas, sederap dan dalam satu pasukan yang kukuh bagi menghadapi musuh-musuh politik PKR pada PRU15," ujarnya.