'Selamat tinggal MoU': Ahmad Maslan

Tangkap layar pandangan Ahmad di Facebook
Tangkap layar pandangan Ahmad di Facebook
A
A
A

SHAH ALAM - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan secara peribadi berpandangan pembangkang telah melanggar Memorandum Persefahaman (MoU).

Kata beliau, kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak lagi terikat dengan MoU yang dimeterai bersama pembangkang sebelum ini.

“Pembangkang langgar MoU yang telah ditandatangani. Ini pandangan peribadi saya.

“Berdasarkan kepada peristiwa semalam di Dewan Rakyat bila Kementerian Dalam Negeri (KDN) kalah undi belah bahagi, maka selamat tinggal MoU.

“Ayuh kita teruskan melangkah,” katanya di Facebook pada Khamis dengan memuat naik sebahagian kandungan MoU tersebut.

Pada Rabu dalam sidang Dewan Rakyat, kerajaan gagal mendapat sokongan untuk meluluskan usul melanjutkan penguatkuasaan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) berkenaan tahanan selama 28 hari tanpa perbicaraan.

Undi belah bahagi yang dijalankan menyaksikan 84 ahli Parlimen bersetuju berbanding 86 tidak bersetuju manakala seramai 50 orang tidak hadir.

Artikel Berkaitan: