PH Sabah sokong had tempoh jawatan Ketua Menteri dua penggal

Ewon Benedick
Ewon Benedick
A
A
A

KOTA KINABALU - Kesemua tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah daripada Pakatan Harapan (PH) menyokong keputusan Kabinet negeri itu, mengehadkan tempoh jawatan ketua menteri kepada dua penggal.

Pengarah Komunikasi PH Sabah, Datuk Ewon Benedick berkata, beliau bersama beberapa ADUN PH negeri diketuai Pengerusi PH Sabah Datuk Christina Liew, pada Selasa mengadakan kunjungan ke atas Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor di pejabatnya, bagi menyatakan sokongan tersebut.

"Hari ini persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) dimaklumkan bahawa Kabinet negeri telah bersetuju secara prinsipnya, berkenaan cadangan mengehadkan tempoh lantikan ketua menteri kepada dua penggal sahaja.

"Pindaan perlembagaan negeri akan dibentangkan dalam sidang DUN akan datang jika mendapat sokongan daripada ADUN lain,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.

Beliau berkata, syor mengehadkan pelantikan itu merupakan antara agenda pembaharuan Sabah yang dikemukakan PH kepada Hajiji, pada akhir tahun lepas.

Dalam persidangan DUN Sabah pada Selasa, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Abidin Madingkir ketika menjawab soalan lisan Ewon berhubung cadangan itu, berkata Kabinet Sabah secara dasarnya meluluskan cadangan untuk mengehadkan tempoh jawatan ketua menteri kepada dua penggal. - Bernama

Artikel Berkaitan: