Kegiatan pelacuran di hotel bajet tumpas

Antara peralatan dipercayai digunakan untuk menjalankan kegiatan pelacuran dirampas polis menerusi serbuan pada Sabtu.
Antara peralatan dipercayai digunakan untuk menjalankan kegiatan pelacuran dirampas polis menerusi serbuan pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kegiatan pelacuran yang berselindung di sebalik hotel bajet berjaya ditumpaskan menerusi serbuan berasingan di dua premis di Batu 5, Jalan Ipoh dan Sentul Baru, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, serbuan itu dijalankan sepasukan anggota dan pegawai polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul menerusi risikan yang dijalankan sebelum ini.

"Serbuan pertama iaitu di Batu 5 Jalan Ipoh dijalankan kira-kira jam 4 petang manakala serbuan kedua di Sentul Baru dilakukan kira-kira jam 4.45 petang.

"Dua wanita warga asing berumur antara 25 dan 31 tahun ditangkap kerana terbabit dalam kegiatan pelacuran tersebut," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Katanya, siasatan mendapati kegiatan pelacuran terbabit beroperasi sejak dua minggu lepas.

"Turut dirampas kondom pelbagai jenama, kad akses bilik hotel, tisu basah, minyak urut dan minyak pelincir," katanya.

Menurutnya, kedua suspek kini direman 14 hari untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat dibawah Seksyen 372 B Kanun Keseksaan kerana terbabit dalam aktiviti pelacuran dan juga Seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen kerana tidak mempunyai permit yang sah," katanya.

Artikel Berkaitan: