PAU 2021 persidangan terakhir sebelum PRU15

Ahmad Zahid - Foto Bernama
Ahmad Zahid - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 adalah persidangan parti itu yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan.

Beliau berkata, ia berdasarkan pengumuman-pengumuman yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memberi banyak manfaat kepada rakyat.

Katanya, bagi menghadapi PRU15, UMNO akan meletakkan sekurang-kurangnya 70 peratus muka baharu sebagai calon.

"Setelah saya berunding bersama rakan-rakan 'Top 5' iaitu Timbalan Presiden, Naib Presiden termasuk Perdana Menteri, saya berazam untuk meletakkan sekurang-kurangnya 70 peratus muka baharu sebagai calon dalam PRU15.

"Begitu juga mereka yang berumur 50 tahun ke bawah jangan risau (kerana mereka juga diberi peluang untuk menjadi calon," katanya ketika penggulungan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Sabtu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, mana-mana ketua bahagian yang berusia 50 tahun ke bawah yang memenuhi kriteria 'WALI' iaitu 'winnable' (boleh menang), 'acceptable' (diterima) dan 'likeable' (disenangi) juga akan dipertimbangkan.

"Selain itu, kami juga akan menentukan ketiga-tiga sayap Wanita, Pemuda dan Puteri akan turut diberikan tempat sebagai calon," tegasnya.

Artikel Berkaitan: