UMNO mahukan PRU15 disegerakan, namun tetap hormati Agong

Ahmad Zahid ketika bercakap pada sidang akhbar di laman media PAU di WTC KL di sini pada Khamis.
Ahmad Zahid ketika bercakap pada sidang akhbar di laman media PAU di WTC KL di sini pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - UMNO menganggap kini adalah masa terbaik untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekali gus mengembalikan mandat kepada rakyat untuk memilih parti yang mentadbir negara.

Gesaan itu juga selaras dengan kehendak akar umbi parti yang mahukan pilihan raya segera dilakukan bagi membentuk kerajaan yang lebih stabil pada masa akan datang.

Bagaimanapun Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Perlembagaan Persekutuan dan kuasa Yang di-Pertuan Agong tetap perlu dihormati.

“Seluruh UMNO bahagian didukung oleh UMNO Perhubungan Negeri memperlihatkan kesiapsiagaan bagi terus menggerakkan jentera terhadap sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

"Terutamanya apabila ketiga-tiga sayap menyebutkan bahawa mandat baharu rakyat hendaklah diperolehi dalam jeda waktu tertentu atas nasihat daripada Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memohon perkenan daripada baginda.

"Namun, sebagai ketua parti, ia ialah suatu perancangan politik. Hakikatnya, Perlembagaan Negara dan kuasa Tuanku hendaklah dihormati," katanya pada sidang akhbar di laman media Perhimpunan Agung UMNO 2021 (PAU 2021) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) di sini pada Khamis.

Sementara itu, ditanya mengenai kemungkinan untuk membuat usul PRU15 akan dibawa dalam PAU kali ini, Ahmad Zahid berkata, beliau akan menjelaskan mengenai perkara itu esok (Jumaat).

Artikel Berkaitan: