Amaran ribut petir di Kelantan, Terengganu, Sarawak

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan tiga negeri pada Jumaat.

MetMalaysia menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada jam 6.05 petang Khamis memaklumkan, tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Sarawak akan mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 9 malam.

Di Kelantan, kawasan yang terlibat ialah Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai, manakala Besut dan Setiu, di Terengganu.

MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan tiga negeri, pada Jumaat.
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan tiga negeri, pada Jumaat.

Sementara itu, di Sarawak membabitkan kawasan Sri Aman, Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga), manakala di Miri kawasan yang terlibat ialah Telang Usan serta Marudi.

Menurut kenyataan itu, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Artikel Berkaitan: