Piala AFC: Kedah diundi dalam Kumpulan G, KL City Kumpulan H

KDA diundi dalam Kumpulan G, manakala KL City diundi dalam Kumpulan H Piala AFC.
KDA diundi dalam Kumpulan G, manakala KL City diundi dalam Kumpulan H Piala AFC.
A
A
A

KEDAH Darul Aman (KDA) FC dan Kuala Lumpur (KL) City, akan menyingkap cabaran peringkat kumpulan saingan Piala AFC 2022 dalam Kumpulan G dan Kumpulan H pada Isnin.

Hijau Kuning kendalian Aidil Sharin Sahak berstatus naib juara Liga Super diundi dalam kumpulan yang disertai kelab liga Filipina, Kaya FC Iloilo dan kelab Indonesia, Bali United.

Satu lagi kelab dalam Kumpulan G akan ditentukan dalam kalangan pemenang perlawanan 'play-off' untuk melengkapkan saingan dalam kumpulan tersebut yang menyaksikan penampilan kali keempat Hijau Kuning.

Sementara itu, KL City kendalian Bojan Hodak yang berstatus juara Piala Malaysia, diundi dalam Kumpulan H bersama kelab Myanmar, Shan Utd ataupun Ayeyawady United serta kelab sensasi Singapura, Tampines Rovers, selain PSM Makassar dari Indonesia.

Artikel Berkaitan: