Shahidan hadap Lembaga Disiplin UMNO hari ini

Shahidan (tengah) ketika tiba di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur pada Khamis.
Shahidan (tengah) ketika tiba di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim tiba di Menara Dato Onn di sini kira-kira jam 2.45 petang bagi menghadap Lembaga Disiplin UMNO berikutan dakwaan beliau telah melanggar disiplin dan tata etika parti.

Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Arau, Syed Atif Syed Abu Bakar telah menghantar surat kepada Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Ahmad Maslan menggesa supaya Shahidan dirujuk kepada Lembaga Disiplin UMNO.

Syed Atif mendakwa, pelanggaran disiplin itu berlaku ketika Shahidan hadir pada Majlis Perasmian Berkelompok Mesyuarat Cawangan-cawangan UMNO Bahagian Arau di Pusat Khidmat Kubang Gajah, Kangar, Perlis pada 17 Oktober lalu.

Antara kesalahan tersebut ialah mengibarkan bendera Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersama-sama bendera UMNO sebagai hiasan di ruang majlis perasmian mesyuarat UMNO Bahagian Arau.

Selain itu, beliau juga turut didakwa mengedarkan draf usul yang jelas bertentangan dengan keputusan parti kepada ketua-ketua cawangan dan ketua-ketua sayap cawangan, malah membuat ucapan yang bertentangan dengan keputusan parti kepada ketua-ketua cawangan dan ketua-ketua sayap cawangan.

Artikel Berkaitan: