Notis mesyuarat tidak dihantar jadi tanda tanya

Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
A
A
A

ALOR SETAR - Tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Arau yang didakwa tidak menghantar notis mesyuarat 14 hari secara rasmi kepada 26 ketua cawangan menjadi tanya kepada ahli.

Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM), Zainuddin Hashim berkata, pihak yang tampil mempertikaikan perkara itu adalah sembilan ahli jawatankuasa (AJK) dipilih sesi 2020/2023 yang masih sah dalam peruntukan di sisi urus tadbir.

Beliau berkata, kepimpinan Srikandi dan Armada Bersatu kawasan terlibat juga dikhuatiri tidak menerima notis secara rasmi menghadiri mesyuarat pada 28 November lepas dan mengetahui daripada orang lain.

"Lebih mengejutkan, nama beberapa kepimpinan tidak menerima notis dimasukkan dalam senarai sebagai hadir persidangan tahunan Bersatu Bahagian Arau itu.

"Difahamkan, ada AJK lama yang dipecat kerana didakwa tidak bersidang sedangkan perlantikan mereka sepatutnya sah sehingga Mac 2022," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Tambah Zainuddin, bagaimana hendak melakukan persidangan sekiranya tidak menerima peruntukan daripada Bersatu.

Menurutnya, hanya lima daripada 26 cawangan mengadakan mesyuarat.

"Srikandi Bahagian juga tidak mengadakan Mesyurat Srikandi Bahagian Arau, begitu juga Armada bahagian yang tidak membuat Mesyuarat Agung Tahunan, sekali gus menyebabkan tidak cukup kuorum," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau turut mempersoalkan tindakan pihak tertentu yang memindahkan Ibu Pejabat Bersatu Bahagian Arau dari Taman Simpang Empat Indah ke Guar Sanji Arau tanpa berbincang dengan AJK.

"Kini, alamat baharu ibu pejabat di Taman Jelempok Jaya, Arau," katanya.

Menurut Zainuddin, pihaknya menyifatkan tindakan menukar alamat tanpa berhubung dengan AJK terlebih dahulu adalah bertentangan dengan Perlembagaan parti tersebut.