Mangsa banjir di Pahang semakin meningkat

Taman Perumahan Sungai Isap Damai di sini turut dilanda banjir susulan hujan lebat sejak tiga hari lalu. Gambar kecil: Che Adam
Taman Perumahan Sungai Isap Damai di sini turut dilanda banjir susulan hujan lebat sejak tiga hari lalu. Gambar kecil: Che Adam
A
A
A

KUANTAN - Mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang meningkat seramai 12,631 orang melibatkan 3,549 keluarga setakat jam 4 petang Ahad.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, kesemua mangsa telah dipindahkan ke 180 pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan sembilan daerah.

Menurutnya, daerah Kuantan merekodkan mangsa paling ramai iaitu seramai 5,679 orang daripada 1,679 keluarga dan ditempatkan di 30 PPS.

"Di daerah Raub seramai 1,398 mangsa daripada 377 keluarga dipindahkan di 35 PPS manakala di Temerloh, seramai 1,294 mangsa membabitkan 354 keluarga dipindahkan ke 29 PPS," katanya.

Beliau turut memaklumkan seramai seramai 1,044 mangsa di Bentong membabitkan 271 keluarga dipindahkan ke dua PPS setakat ini dan di Lipis pula seramai 1,038 mangsa daripada 318 keluarga ditempatkan di 34 PPS.

Tambab beliau, di Maran seramai 1,008 mangsa (20 PPS ), 679 di Jerantut (20 PPS), 116 keluarga di Pekan (8 PPS), 69 mangsa di Bera (2 PPS)

Beliau turut memaklumkan, sebanyak 18 jalan melibatkan lima daerah ditutup buat masa ini termasuk Jalan Kuantan-Pekan yang terputus hubungan akibat banjir.

Dalam pada itu, Che Adam meminta orang ramai tidak menyebarkan khabar angin atau maklumat tidak sahih dalam media sosial berkaitan banjir di negeri ini bagi mengelakkan situasi panik dalam kalangan orang ramai.

Artikel Berkaitan: