Lelaki terselamat lori dipandu terbalik

Kemalangan dipercayai berlaku ketika lori penghantaran itu melalui Lebuh Raya Persekutuan susur keluar Jalan 222.
Kemalangan dipercayai berlaku ketika lori penghantaran itu melalui Lebuh Raya Persekutuan susur keluar Jalan 222.
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang pemandu terselamat dalam kemalangan membabitkan sebuah lori penghantaran melanggar pembahagi jalan dan terbalik di Lebuh Raya Persekutuan di sini awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, lelaki berusia 39 tahun tersebut dipercayai hilang kawalan semasa tiba di lokasi kejadian sekitar jam 5.45 pagi.

"Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika lori tersebut yang melalui Lebuh Raya Persekutuan susur keluar Jalan 222.

"Lori yang dipandu telah hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan dan tiang lampu di sebelah kiri jalan walaubagaimanapun mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu terutama ketika cuaca hujan.

"Semua pengguna jalan raya dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika memandu dalam keadaan permukaan jalan basah susulan cuaca hujan kerap terutama pada sebelah petang dan malam," ujarnya.

Artikel Berkaitan: