PRN Sarawak: PBB Nangka lancar Biro Remaja 55

Dr Annuar Rapaee
Dr Annuar Rapaee
A
A
A

SIBU - Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Nangka pada Ahad melancarkan Biro Remaja 55 bagi membantu jentera pilihan raya parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 di kawasan Dewan Udangan Negeri (DUN) N.55 Nangka.

Ketua PBB Nangka, Dr Annuar Rapaee berkata, biro tersebut disertai kira-kira 400 remaja berusia lingkungan 17 hingga 20 tahun dari setiap ranting parti di kampung-kampung serta rumah-rumah panjang dalam kawasan DUN N 55 Nangka.

Menurutnya, Biro Remaja 55 itu ditubuhkan untuk membawa golongan remaja bersama-sama menggerakkan jentera pilihan raya parti supaya mereka diberi pendedahan dan pengalaman perjalanan pilihan raya.

“Mereka mempunyai tugas khusus iaitu dari segi media sosial. Strategi kami memerlukan bantuan mereka untuk menyebarkan bahan-bahan pilihan raya berbentuk video, mesej dan gambar kepada pengundi di DUN Nangka.

"Kami mempunyai pasukan kuat dengan kira-kira 400 remaja di setiap kampung, rumah panjang dan ranting DUN Nangka, kami ada kumpulan dalam aplikasi WhatsApp untuk mendekati pengundi menggunakan media sosial," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Biro Remaja 55 di Dewan MUC di sini pada Ahad.

Dr Annuar yang juga Naib Yang Dipertua PBB dan penyandang kerusi DUN Nangka berkata, pilihan raya kali ini berbeza menyaksikan penggunaan media sosial adalah penting bagi menyalurkan maklumat terkini kepada para pengundi dan generasi muda. - Bernama

Artikel Berkaitan: