Tindakan Ketua Bersatu Bahagian Arau keluar parti bersifat peribadi

Ameir Hassan
Ameir Hassan
A
A
A

KANGAR, - Tindakan bekas Ketua Bahagian Bersatu Arau, Ameir Hassan yang mengumumkan keluar parti baru-baru ini adalah hak peribadi beliau dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak, kata Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Arau, Megat Hashirat Hassan.

Megat Hashirat yang sebelum ini Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Arau berkata beliau diberikan mandat memangku jawatan ketua bahagian itu setelah diputuskan oleh pucuk pimpinan tertinggi menerusi surat yang dikeluarkan pada 22 Oktober lalu.

“Saya akan berusaha bersama-sama kepimpinan baharu untuk mengukuhkan parti Bersatu Arau dan keseluruhan jentera parti di Perlis kerana fokus utama kita ialah nak bantu rakyat.

"Parti Bersatu di Arau ini dah kuat sebenarnya. Jadi kita lupakan segala kisah lama, kita teruskan perjuangan untuk bantu rakyat,” kata kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Bersatu Arau di sini, malam Isnin.

Megat Hashirat berkata, Bahagian Bersatu Arau tetap memberikan sokongan penuh kepada Pengerusi Bersatu Perlis, Abu Bakar Hamzah dalam usaha memenangi hati rakyat di negeri itu.

Pada 21 Oktober lalu, media melaporkan Ameir mengesahkan beliau telah meletak jawatan sebagai Ketua Bersatu Bahagian Arau dan mengumumkan keluar parti Bersatu menerusi satu surat rasmi yang dikemukakan kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkuat kuasa pada 15 Oktober lalu. -- Bernama

Artikel Berkaitan: