PH Melaka bawa isu pembubaran DUN ke mahkamah

Adly Zahari
Adly Zahari
A
A
A

MELAKA - Pakatan Harapan (PH) Melaka akan meneruskan langkah membawa isu pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-14 ke mahkamah dalam minggu ini.

Pengerusinya, Adly Zahari dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan, tindakan itu bagi membolehkan semakan terhadap proses, prosedur dan fakta pembubaran DUN dilakukan.

Menurutnya, kelewatan bagi memfailkan kes itu disebabkan kegagalan pihak pengurusan DUN Melaka mengeluarkan atau menyerahkan Notis Pembubaran DUN Melaka itu secara rasmi kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sehingga kini.

"Pihak DUN Melaka hanya mengeluarkan surat penyerahan Warta Pembubaran DUN ke-14 melalui surat bertarikh 15 Oktober 2021 yang diserahkan pada hari ini.

"Pakatan Harapan Melaka akan terus menggunakan perundangan bagi memberi sedikit ruang agar kerajaan yang mempunyai keabsahan majoriti boleh dibentuk dan PRN tidak perlu diadakan," katanya.

Jelas beliau, bagaimanapun PH Melaka akan tetap bersedia menghadapi segala kemungkinan termasuk PRN di Melaka.

Artikel Berkaitan: