Mei Kuan bersara sebagai pemain beregu negara

Aksi Mei Kuan dan Lee Meng Yean (depan) pada perlawanan peringkat kumpulan A pada Kejohanan Olimpik Tokyo 2020 di Mushashino Sports Plaza. - Foto Bernama
Aksi Mei Kuan dan Lee Meng Yean (depan) pada perlawanan peringkat kumpulan A pada Kejohanan Olimpik Tokyo 2020 di Mushashino Sports Plaza. - Foto Bernama
A
A
A

PEMAIN beregu wanita negara, Chow Mei Kuan mengumumkan akan bersara sebagai pemain kebangsaan berkuat kuasa 15 September depan.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) ketika mengesahkan perkara itu berkata, badan induk badminton negara berkenaan sudah menerima surat peletakan jawatan pemain berusia 26 tahun yang berkedudukan ranking ke-11 dunia tersebut.

“BAM pada hari ini menerima surat peletakan jawatan pemain beregu wanita negara, Chow Mei Kuan berkuat kuasa 15 September depan.

“Mei Kuan kekal dengan keputusan untuk bersara daripada sukan ini walaupun usaha dilakukan bagi memujuk pemain kelahiran Kuala Lumpur itu kekal.

“BAM merakamkan penghargaan kepada Mei Kuan atas sumbangannya kepada skuad kebangsaan dan mengucapkan maju jaya untuk masa depannya,” kata badan induk badminton negara itu dalam kenyataan media di Facebooknya pada Isnin.

Artikel Berkaitan: