Rakyat Malaysia kurung diri, anak ditahan

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

HATYAI - Seorang lelaki warga Malaysia di Hatyai, selatan Thailand, ditahan polis selepas mengurung diri bersama dua orang anaknya dalam sebuah bilik di kediamannya.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 6 petang, polis baru sahaja beredar daripada rumah kedai dua tingkat yang dihuninya selepas si isteri yang merupakan warga Thai meminta bantuan setelah lelaki itu mengurungnya bersama dua orang anak mereka selama hampir seminggu.

Ketua Polis Hatyai Pol. Kol. Akrawut Taneerat berkata, lelaki yang berusia 43 tahun dari Kuala Lumpur itu dipercayai mengalami gangguan mental dan kini ditahan polis.

“Isterinya risau perkara yang tidak diingini berlaku, maka beliau sekali lagi membuat laporan polis agar polis bagi menyelamatkan kedua-dua anak lelakinya yang berusia lima dan tujuh tahun,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, pada Ahad.

Beliau menambah bahawa polis terpaksa memecahkan pintu untuk membawa keluar kedua-dua anak pasangan itu.

Semalam, Bernama melaporkan bahawa lelaki itu bertindak mengurung isteri berusia 39 tahun dan dua anak lelakinya dalam rumah hampir seminggu kerana fobia dengan jangkitan Covid-19 yang melonjak di Thailand.

Sementara itu, Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid berkata lelaki itu kini ditahan di lokap di Balai Polis Hatyai dan dijangka dibawa berjumpa pakar psikiatri esok.

“Polis Thailand akan menjalankan siasatan lanjut termasuk rekod kemasukannya ke Thailand,” katanya. -Bernama

Artikel Berkaitan: