Pertimbang tujuh cadangan PM secara positif

Maximus
Maximus
A
A
A

KOTA KINABALU - Tujuh cadangan untuk kestabilan dan kerjasama politik yang ditawarkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin harus dipertimbangkan secara positif oleh semua pihak.

Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, cadangan itu adalah peluang untuk membina kerjasama antara parti dan mengembalikan negara ke landasan yang lebih stabil dalam memulihkan kesihatan dan ekonomi negara.

"Saya menyeru kepada rakan-rakan daripada pihak pembangkang untuk merebut peluang ini dan mendahulukan keperluan negara dan mengutamakan kestabilan ekonomi serta politik dan bersama membawa negara ini maju ke hadapan sebagai tanda komitmen solidariti kita," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas ucapan khas Muhyiddin berhubung tujuh tawaran yang dicadangkan Perikatan Nasional (PN) kepada parti lain.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) turut meminta semua pihak mengetepikan perbezaan politik sesuai dengan slogan 'utamakan rakyat'.

"Tanggungjawab yang lebih penting kini adalah membendung penularan Covid-19, menyelamatkan nyawa dan memulihkan ekonomi negara.

"Ini bukan masanya untuk bertengkar soal siapa yang patut menjadi Perdana Menteri. Kita boleh menyelesaikan masalah itu melalui Pilihan Raya Umum (PRU) dengan mengembalikan semula mandat kepada rakyat.

"Namun, ini bukan masa yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya. Rakyat berhak mendapat perkhidmatan yang lebih baik daripada pihak kerajaan dan bukannya pergi mengundi, terutamanya ketika pandemik Covid-19 masih ditahap yang membimbangkan.

Artikel Berkaitan: