Pembangkang tidak hormat slogan ‘kita jaga kita'

Mahathir Md Rais
Mahathir Md Rais
A
A
A

KUALA LUMPUR – Kekecohan Demonstrasi Keluar dan #Lawan tidak wajar dianjurkan kerana ia bukan sahaja berisiko menularkan Covid-19 malah turut mempamerkan sikap parti pembangkang yang tidak menghormati slogan ‘kita jaga kita’.

Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Segambut, Mahathir Md Rais berkata, para pendemo yang berarak dari Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek menuju ke Dataran Merdeka semalam telah menyebabkan berlaku kesesakan jalan dan mencetuskan kebimbangan dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Peningkatan jumlah kes Covid-19 saban hari dilihat dapat melumpuhkan sistem pertahanan kesihatan negara ditambah dengan perarakan sebegini melibatkan perhimpunan besar-besaran,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, pakar perubatan turut melahirkan kebimbangan bahawa tindakan sesetengah pihak menyertai perhimpunan atau demonstrasi ketika negara sedang bertarung dengan Covid-19 akan memburukkan lagi situasi pandemik di negara ini.

“Demonstrasi ini tidak seharusnya dianjurkan sama sekali. Ini merupakan agenda politik yang boleh mengganggu-gugat keselamatan dan kesihatan rakyat,'' kata Mahathir.

Justeru, sebarang ketidakpuasan hati terhadap kerajaan seharusnya diutarakan melalui saluran yang betul dan bukannya menganjurkan demonstrasi di kala barisan hadapan kita berhempas-pulas ketika pandemik ini.

Semua pihak katanya, sedar bahawa usaha membendung pandemik ini bukan sahaja tanggungjawab pihak kerajaan malahan termasuk rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Mahathir meluahkan rasa kecewanya bahawa demonstrasi yang berlaku bukan sahaja menggambarkan sifat ketidakmatangan pihak pembangkang malahan turut menampakkan agenda mereka dalam mencetuskan huru-hara di negara ini.

Artikel Berkaitan:

“Rakyat seharusnya dilindungi dalam segala sudut dan bukannya digadaikan demi kepentingan politik pihak pembangkang melalui demonstrasi yang jelas telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.