Lelaki ditahan bantu siasatan kes rogol kanak-kanak

Mohd Padzli
Mohd Padzli
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dari sebuah rumah kebajikan di sini yang dilaporkan dirogol.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan susulan laporan polis yang dibuat seorang penjaga rumah kebajikan pada Sabtu.

"Penjaga terbabit telah membuat laporan polis pada kira-kira jam 3.17 petang berhubung seorang kanak-kanak perempuan yang tinggal di rumah kebajikan telah dirogol.

"Bertindak atas laporan yang dibuat itu, polis seterusnya membuat tangkapan ke atas suspek pada Ahad lalu," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Menurut Mohd Pazli, suspek direman tujuh hari sehingga 1 Ogos bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: