3 sekeluarga nyaris maut kereta bawa muatan durian terbakar

Sebuah kereta Perodua Kancil yang dinaiki tiga sekeluarga terbakar selepas pulang dari kebun durian di Kampung Gajah pada Rabu. - Foto Ihsan Bomba Perak.
Sebuah kereta Perodua Kancil yang dinaiki tiga sekeluarga terbakar selepas pulang dari kebun durian di Kampung Gajah pada Rabu. - Foto Ihsan Bomba Perak.
A
A
A

PASIR SALAK - Tiga sekeluarga nyaris maut selepas kereta jenis Perodua Kancil dinaiki mereka yang turut membawa muatan durian terbakar di Jalan Changkat Lada-Pasir Salak di Kampung Gajah di sini pada Rabu.

Dalam kejadian itu, pemandu berusia 30-an bersama anak lelakinya berusia 13 tahun dan ibunya berusia 50-an sempat menyelamatkan diri.

Difahamkan, mereka dalam perjalanan pulang dari kebun durian berhampiran menuju ke Felcra Changkat Lada.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kampung Gajah, Qyairul Eqwan Suib berkata, sepasukan enam anggota dengan sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 7.50 pagi.

"Mangsa berjaya keluar sebelum kenderaan itu terbakar bersama durian yang dibawa. Ketiga-tiga mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Anggota kemudiannya melakukan pemadaman menggunakan dua aliran air sehingga api padam sepenuhnya. Operasi ditamatkan pada jam 9 pagi," katanya.

Menurutnya, kenderaan tersebut musnah 80 peratus, namun punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Artikel Berkaitan: