Berita UtamaDunia

Israel halang masuk trak bahan bakar untuk loji janakuasa Gaza

Tiada sebarang alasan dijelaskan pihak Israel di sebalik halangan

GAZA, 16 Zulhijjah 1442H, Isnin – Israel pada hari Ahad menghalang masuk trak bahan bakar yang diperuntukkan untuk satu-satunya loji janakuasa Gaza melalui persimpangan Kerem Shalom, laluan perdagangan komersial utama wilayah itu.

“Pihak berkuasa (Israel) melarang masuk 25 trak yang penuh dengan bahan bakar untuk penjanaan tenaga elektrik di Gaza,” kata pegawai dari Kementerian Ekonomi Gaza, Rami Abu Elreish kepada Anadolu Agency.

Beliau mengatakan pihak berkuasa negara pengganas Israel tidak menjelaskan alasan di sebalik langkah itu.

Bagaimanapun, tidak ada komen daripada pihak berkuasa Israel mengenai laporan itu.

Bulan lalu, Israel membenarkan kemasukan bahan bakar untuk loji janakuasa Gaza setelah penangguhan selama 49 hari berikutan serangan tentera selama 11 hari di wilayah Palestin pada bulan Mei, di mana 260 orang Palestin terbunuh dan ribuan orang cedera. 

Selain itu, 13 rakyat Israel juga terbunuh oleh tembakan roket Palestin dari Gaza. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button