'Contohi Najib, jangan goyang walau terpaksa turun naik mahkamah'

Mohd Puad Zarkashi (kiri) dan Syed Saddiq
Mohd Puad Zarkashi (kiri) dan Syed Saddiq
A
A
A

JOHOR BAHRU - Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menasihati Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman agar mencontohi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak goyang walaupun berulang kali turun naik mahkamah.

Menurut beliau, bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu perlu kuat untuk membuktikan perjuangan yang berprinsip.

"Jika benar, pertuduhan terhadap kamu hari ini adalah 'political motivated', kamu akan jadi pemimpin besar jika tidak jual diri.

"Sekarang kamu rasa musibah 'political persecution'. Dulu kamu hina Najib berbagai. Kamu contohi Najib Razak. Be strong. Jangan goyang dan jangan masuk kluster katak, walau terpaksa turun naik mahkamah.

"Saya UMNO, kamu Muda (Parti Ikatan Demokratik Malaysia). Kamu Ketua Muda. Kamu kini berpeluang membuktikan kemudaan perjuangan kamu yang teruji tetapi berprinsip.

"Jangan jadi macam Xavier (Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Xavier Jayakumar)," katanya dalam satu kenyataan di Facebook rasmi beliau pada Khamis.

Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan seorang bekas menteri akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis berkaitan penyelewengan dana lebih RM1 juta.

Mengikut sumber, bekas menteri itu berdepan dua pertuduhan membabitkan kesalahan pecah amanah.

Artikel Berkaitan:

Kata sumber, jumlah keseluruhan penyelewengan dikatakan berjumlah RM1.12 juta milik sebuah parti politik, ketika beliau menjawat jawatan sebagai ketua pemuda.